1. Mempunyai rasa masam
2. Berubah warna
3. Berbau busuk
4. Muncul kulat
5. Berubah warna
6. Berlendir & melekit
7. Rasa yang tidak enak
Thursday, May 1, 2014
Tahan Lama
Pengawetan makanan adalah cara - cara untuk membiarkan makanan tersebut bertahan lebih lama lagi. Makanan yang telah diawet tidak akan rosak dengan cepat sekali. Senarai di bawah menunjukkan cara - cara untuk mengawet makanan.
1. Pengeringan
2. Pendinginan
3. Penyejukbekuan
4. Penjerukan
5. Pembotolan dan pengetinan
6. Pengasinan
7. Pembukusan vakum
8. Pempasteuran
9. Pengasapan
10. Pendidihan
11. Pelilinan
1. Pengeringan
2. Pendinginan
3. Penyejukbekuan
4. Penjerukan
5. Pembotolan dan pengetinan
6. Pengasinan
7. Pembukusan vakum
8. Pempasteuran
9. Pengasapan
10. Pendidihan
11. Pelilinan
Cara Pengeringan
Air disingkirkan daripada makanan dengan cara menjemurnya di bawah matahari. Pengeringan dapat menghalang pertumbuhan mikroorganisma kerana mikroorganisma tidak dapat tumbuh tanpa air. Contoh makanan yang diawet dengan cara pengeringan ialah ikan bilis, cili, sotong dan udang.
Cara Pendinginan
Makanan disimpan di tempat sejuk seperti di dalam peti sejuk. Pendinginan menyebabkan mikroorganisma menjadi tidak aktif dalam keadaan yang sejuk. Contoh makanan yang diawet dengan cara pendinginan ialah susu, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Cara Penyejukbekuan
Dalam kaedah penyejukbekuan, makanan dibekukan pada suhu yang sangat rendah. Mikroorganisma tidak dapat membiak pada suhu yang sangat rendah. Tetapi, mikroorganisma akan menjadi aktif semula apabila makanan dikeluarkan daripada peti sejuk. Oleh itu, makanan tersebut mestilah dimakan atau dimasak dengan segera sebelum makanan tersebut menjadi rosak. Sebagai contoh, makanan yang diawet dengan cara penyejukbekuan ialah ikan, ayam, udang, ketam, sotong dan sebagainya.
CARA PENJERUKAN
PENJERUKAN IALAH KAEDAH MENGAWET MAKANAN DENGAN MERENDAM MAKANAN DI DALAM CUKA, LARUTAN GARAM PEKAT ATAU LARUTAN GULA PEKAT. PENJERUKAN MENGURANGKAN KANDUNGAN AIR DALAM MAKANAN. MAKANAN YANG DIAWET DENGAN CARA PENJERUKAN AKAN BERUBAH WARNA, RASA DAN KURANG BERKHASIAT. CONTOH MAKANAN YANG DIAWET DENGAN CARA PENJERUKAN IALAH MANGGA, BETIK DAN CERI.
CARA PEMBOTOLAN DAN PENGETINAN
KAEDAH PEMBOTOLAN DAN PENGETINAN MELIBATKAN PROSES MEMANASKAN MAKANAN UNTUK MEMBUNUH MIKROORGANISMA SEPERTI BAKTERIA DAN KULAT. MAKANAN YANG DIMASAK DAN DISIMPAN DALAM BOTOL, BEKAS ATAU TIN YANG KEDAP UDARA. PENGETINAN DAN PEMBOTOLAN MEMBOLEHKAN MAKANAN DISIMPAN DALAM TEMPOH YANG LAMA SEHINGGA BEBERAPA TAHUN.
CARA PENGASINAN
GARAM DIGUNAKAN UNTUK MENGAWET MAKANAN SEPERTI IKAN, TELUR, BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN.
TERDAPAT DUA CARA UNTUK MENGASINKAN MAKANAN:
- Merendam makanan di dalam larutan garam yang pekat.
- Menambah kuantiti garam yang banyak kepada makanan.
Garam menyingkirkan air dan menghalang pertumbuhan mikroorganisma seperti kulat dan bakteria.
CARA PEMBUNGKUSAN VAKUM
Kaedah pembungkusan vakum mengekalkan makanan dalam keadaan tanpa udara. Makanan dimateri dalam bungkusan selepas udara disingkirkan. Mikroorganisma seperti bakteria dan kulat tidak dapat membiak tanpa udara. Makanan yang dapat diawet dengan kaedah ini ialah kacang tanah, buah-buahan, ikan salai, biskut dan makanan jeruk.
Cara Pempasteuran
Dalam proses pempasteuran ini, makanan dipanaskan pada suhu tertentu selama beberapa saat dan disejukkan dengan serta-merta. Proses pempasteuran ini dapat mengekalkan keaslian rasa makanan.Makanan yang diawet dengan proses ini ialah susu, minuman dadih dan jus buah-buahan.
Cara Pengasapan
Dalam kaedah pengasapan, makanan diawet dengan mengeringkannya di atas api. Haba daripada asap mengeringkan makanan tanpa memasak makanan itu. Contoh makanan yang diawet dengan cara pengasapan ialah ikan, pisang dan daging.
Cara Pendidihan
Pendidihan ialah proses untuk membunuh mikroorganisma seperti bakteria dan kulat. Semasa pendidihan, semua bakteria dan kulat dapat dimusnahkan. Makanan dapat tahan lebih lama jika bakteria dan kulat dibunuh.
Cara Pelilinan
Dalam kaedah pelilinan, makanan disalut dengan lapisan nipis lilin. Pelilinan mengurangkan kehilangan air daripada makanan. Kaedah pelilinan dapat menambahkan hayat simpanan makanan. Tetapi, pelilinan boleh memudaratkan manusia kerana lilin sukar ditanggalkan daripada makanan.
Kepentingan Pengawetan Makanan
Faedah pengawetan makanan termasuklah:
- Makanan yang diawet dapat disimpan dalam bekas yang lebih kecil.
- Makanan yang diawet adalah lebih mudah dibawa daripada makanan segar.
- Makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan boleh dieksport.
- Pengawetan makanan membantu mengelakkan pembaziran.
- Makanan yang diawet boleh tahan lama.
Subscribe to:
Posts (Atom)